Polis menahan empat lagi pelajar bagi membantu siasatan kes buli didakwa berlaku di Maktab Rendah Sains Mara (MRSM) Sultan Azlan Shah, Kuala Kangsar, Perak.

Ini menjadikan keseluruhan tangkapan 10 orang setakat ini, selepas enam pelajar ditahan semalam.

Ketua Polis Perak Datuk Mior Faridalathrash Wahid berkata, seorang pelajar berusia 15 tahun dan tiga orang berusia 13 tahun itu ditahan ketika hadir memberi keterangan di Ibu Pejabat Polis Daerah Kuala Kangsar hari ini.

Menurutnya, enam daripada pelajar itu dibebaskan petang tadi manakala empat lagi akan dibebaskan esok selepas siasatan selesai.

Siasatan awal mendapati, kejadian berlaku pada kira-kira pukul 1 hingga 2 pagi pada 9 Disember melibatkan seorang mangsa yang juga berusia 13 tahun.

Kes disiasat mengikut Seksyen 147 Kanun Keseksaan dan Seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia 1998.

MENINGGALKAN SUATU JAWAPAN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini