Susulan tular kes buli membabitkan pelajar sekolah.

Enam pelajar disyaki terlibat insiden berkenaan dicekup.

Menurut Ketua Polis Perak; Datuk Mior Farid-al-athrash Wahid empat tangkapan dibuat lewat petang semalam.

Mereka ditahan selepas memberi keterangan di IPD Kuala Kangsar.

Manakala dua lagi suspek menyerah diri ke balai polis malam tadi.

Siasatan awal mengesyaki kejadian berlaku di sebuah maktab rendah sains mara, kelmarin.

Dalam insiden berkenaan seorang remaja dirakam dibelasah beramai-ramai oleh beberapa pelajar lain.

Pelajar tersebut dipercayai menjadi mangsa buli apabila diminta berdiri sebelum ditendang di bahagian belakang badan serta ditumbuk beberapa kali di perut.

Kes dirujuk mengikut Seksyen 147 Kanun Keseksaan kerana merusuh dan Seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia 1998 kerana penggunaan kemudahan rangkaian yang tidak wajar.

Insiden yang tular mendapat perhatian meluas pengguna media sosial.

MENINGGALKAN SUATU JAWAPAN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini