Enam pelajar Maktab Rendah Sains Mara (MRSM) yang dikenal pasti terlibat dalam kes buli, digantung serta merta selama dua minggu persekolahan.

Menteri Pembangunan Luar Bandar, Datuk Seri Mahdzir Khalid, Jawatankuasa Disiplin Maktab (JDM) turut mencadangkan pelajar terbabit ditamatkan pengajian mereka di institusi itu.

Katanya, Jawatankuada Disiplin Maktab (JDM) MRSM telah mengenalpasti 10 pelajar yang terlibat dengan insiden berkenaan.

Dalam laporan yang disediakan, enam pelajar terlibat memukul mangsa buli berkenaan, manakala empat pelajar yang berada di lokasi kejadian telah didapati bersubahat dan membuat provokasi.

Pelajar-pelajar berkenaan berada di tingkatan 1 hingga tingkatan 3.

Pihak MARA tegas Datuk Seri Mahdzir, mengambil serius kejadian buli membabitkan pelajar di institusi pendidikan di bawah Kementerian Pembangunan Luar Bandar itu.

Datuk Seri Mahdzir berkata, pihaknya tidak mencampuri urusan siasatan dan menyerahkan kepada pihak polis  berdasarkan siasatan luaran.

Jelas beliau, pihak MARA mengambil tindakan penggantungan itu berdasarkan siasatan dalaman dan mengikut peruntukan hukuman yang telah ditetapkan JDM.

Datuk Seri Mahdzir berkata demikian pada sidang media selepas majlis perasmian Mesyuarat Perwakilan Wanita UMNO Bahagian Padang Terap di Kedah, hari ini.

MENINGGALKAN SUATU JAWAPAN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini