Polis Perak melakukan siasatan terperinci berhubung satu kes buli didakwa berlaku di sebuah sekolah berasrama penuh di Kuala Kangsar, seperti tular di media sosial semalam.

Ketua Polis Perak Datuk Mior Farid-al-athrash Wahid berkata, pihaknya akan melakukan siasatan lanjut sebelum mengambil tindakan sewajarnya. 

Beliau memaklumkan, kejadian berlaku pada 9 Disember membabitkan 7 suspek remaja dan seorang mangsa yang berusia 13 tahun.

Katanya, satu laporan berkaitan kes tersebut juga diterima daripada pengetua sekolah terbabit siang tadi.

Menurutnya, pihak polis juga telah bertindak memanggil kesemua pelajar terlibat dan pemilik akaun media sosial yang menularkan video itu memberi keterangan bagi membantu siasatan.

Kes disiasat dibawah Seksyen 147 Kanun Keseksaan dan Seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia 1998.

MENINGGALKAN SUATU JAWAPAN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini