Nasib Samirah Muzaffar dan dua remaja akan diketahui esok sama ada mereka akan dipanggil membela diri atau dibebaskan daripada pertuduhan membunuh Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) Cradle Fund Nazrin Hassan, empat tahun lepas.

Hakim Mahkamah Tinggi Datuk Ab Karim Ab Rahman dijangka membacakan keputusan di akhir kes pendakwaan itu pada 9 pagi esok.


Sekiranya keputusan mahkamah berpihak kepada pendakwaan, iaitu mahkamah mendapati terdapat kes prima facie terhadap Samirah dan dua remaja itu, maka mereka akan dipanggil untuk membela diri.

Namun jika keputusan adalah sebaliknya, ketiga-tiga tertuduh itu akan dilepas dan dibebaskan.

Pada 14 Februari lepas, pihak pendakwaan menutup kes mereka selepas memanggil 57 saksi.

Perbicaraan tersebut bermula pada 6 September 2019.

Samirah serta dua remaja lelaki masing-masing berusia 19 dan 16 tahun dan seorang warga Indonesia yang masih bebas Eka Wahyu Lestari didakwa membunuh Nazrin di sebuah rumah di Mutiara Damansara antara 11.30 malam, 13 Jun 2018 dan 4 pagi 14 Jun 2018.

MENINGGALKAN SUATU JAWAPAN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini