Mayat wanita yang dijumpai terbakar dipercayai dibunuh di tepi sungai di Kampung Talang, Kuala Kangsar, Selasa lalu, telah dikenal pasti.

Ketua Polis Perak, Datuk Mior Faridalathrash Wahid berkata, ia berdasarkan pengecaman yang dilakukan adik mangsa selepas laporan polis dibuat susulan kehilangan wanita berkenaan.

Pengesahan identiti mangsa adalah berdasarkan penemuan barang-barang yang dijumpai selain pengecaman wajah yang hampir sama.

Bedah siasat turut dilakukan bagi mengetahui punca sebenar kematian susulan terdapat kesan kecederaan di bahagian kepala mangsa.

Pihaknya juga akan menjalankan ujian DNA dengan mengambil sampel darah bapa mangsa bagi pengesahan identiti yang lebih tepat. Setakat ini, tiada tangkapan dilakukan dan motif sebenar kejadian masih dalam siasatan.

MENINGGALKAN SUATU JAWAPAN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini