Tiga lelaki direman tujuh hari bagi membantu siasatan  berhubung kes bunuh seorang lelaki di pasar pagi berhampiran sebuah flat di Ipoh, pagi semalam. 

Ketua Polis Perak, Datuk Mior Faridalathrash Wahid memaklumkan kejadian berlaku setelah mangsa dipercayai mencuri pembesar suara milik salah seorang daripada
suspek.

Ia menyebabkan satu pergelutan sehingga membawa kepada kematian mangsa.

Ketika pemeriksaan, pihak polis turut merampas sebilah pisau lipat yang ditemui di lokasi kejadian.

Perintah reman dikeluarkan Majistret Noor Azreen Liana Mohd Darus.

Kes disiasat mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan kerana disyaki membunuh.

MENINGGALKAN SUATU JAWAPAN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini