Kes membabitkan kematian Pegawai Kadet Laut, Zulfarhan Osman Zulkarnain, dua tahun lalu.Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur, PAGI TADI memerintahkan 18 penuntut Universiti Pertahanan Nasional Malaysia, membela diri.Ia selepas mahkamah meneliti dan menilai secara maksimum keterangan saksi sepanjang kes tersebut.
Seorang tertuduh, Muhammad Akmal Akif Alias dilepas dan dibebaskan daripada pertuduhan mencederakan Zulfarhan.
Manakala, enam tertuduh, Muhammad Akmal Zuhairi Azmal, Muhammad Azamuddin Mad Sofi, Muhammad Najib Mohd Razi, Muhammad Afif Najmudin Azahat, Mohamad Shobirin Sabri dan Abdoul Hakeem Mohd Ali didakwa membunuh dan bersubahat membunuh Zulfarhan di bilik 04-10, blok penginapan asrama Jebat, UPNM antara jam 4.45 pagi hingga jam 5.45 pagi pada 22 Mei 2017.Pertuduhan terhadap mereka semua dibuat mengikut Seksyen 302 dan 109 Kanun Keseksaan, sabit kesalahan boleh dihukum mati mandatori.Dan seramai 12 penuntut lain didakwa mengikut Seksyen 330 Kanun Keseksaan dibaca bersama Seksyen 34 kanun sama yang sabit kesalahan boleh dipenjara maksimum tujuh tahun dan denda, jika sabit kesalahan.##

MENINGGALKAN SUATU JAWAPAN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini