Bekas ADUN Sedili mengaku tidak bersalah di Mahkamah Majistret Muar atas tuduhan mencabul kehormatan seorang wanita, Januari lalu.

Tertuduh Rasman Ithnain, 54 tahun yang juga Ketua Bahagian BERSATU Kota Tinggi didakwa menggunakan kekerasan jenayah terhadap seorang wanita berusia 27 tahun dengan maksud untuk mencabul kehormatan wanita berkenaan.

Kesalahan dilakukan di dalam sebuah kenderaan pelbagai guna di Muar, 13 Januari lalu. Mahkamah membenarkan tertuduh diikat jamin RM4,000 dengan seorang penjamin. Tarikh bicara kes ditetapkan 16 hingga 18 Ogos depan.

MENINGGALKAN SUATU JAWAPAN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini