Angka jangkitan cacar monyet atau monkeypox di Britain melebihi 500 kes pada Rabu.

Agensi Keselamatan Kesihatan United Kingdom (UKHSA) memaklumkan pihaknya mengesan 52 lagi kes di England dan masing-masing satu di Scotland dan Wales, menjadikan  jumlah kes yang disahkan di Britain kepada 524 kes, setakat Selasa.

Terdapat 504 kes yang disahkan di England, Scotland (13), Ireland Utara (2), dan Wales (5).

Menurut UKHSA, sesiapa sahaja boleh dijangkiti terutamanya jika mempunyai hubungan rapat, termasuk hubungan seksual dengan individu yang mempunyai simptom.

Meskipun risiko keseluruhan kelihatan kecil, orang awam diseru berwaspada dan agensi kesihatan awam berusaha untuk membendung wabak itu kerana cacar monyet berpotensi untuk menjejaskan sesiapa sahaja yang menjadi kontak rapat kepada individu dijangkit.

MENINGGALKAN SUATU JAWAPAN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini