2,433 kes penceraian direkodkan di Terengganu sejak Januari sehingga 27 Oktober tahun ini.

Jumlah itu menunjukkan penurunan berbanding 4,132 kes tahun lalu.

Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Insan, Dakwah dan Penerangan negeri, Mohd Nor Hamzah berkata kes direkodkan itu berdasarkan penceraian atau pembubaran yang didaftarkan di Mahkamah Syariah seluruh negeri.

Kebanyakan pasangan bercerai berumur antara 21 hingga 65 tahun.

Punca utama kerana tiada lagi persefahaman dan muncul pihak ketiga selain beberapa faktor lain

MENINGGALKAN SUATU JAWAPAN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini