Chile melaksanakan semula kawalan penjarakan fizikal susulan peningkatan jangkitan kes COVID-19. Ketua Setiausaha Kesihatan paula Daza berkata kebanyakan kes baru berpunca daripada varian Delta, yang lebih mudah tersebar.

Menurut Daza, 41 peratus yang dimasukkkan ke unit rawatan rapi hospital pada sepanjang minggu lepas, tidak pernah menerima suntikan vaksin COVID-19.

Di sebalik kadar vaksinasi tinggi, ibu negara Chile, Santiago merekodkan peningkatan jangkitan kes baharu paling banyak setakat ini. Kebanyakan sekatan kawalan membabitkan arahan penjarakan fizikal di tempat terbuka. 92 peratus daripada rakyat Chile telah divaksinasi sepenuhnya.

MENINGGALKAN SUATU JAWAPAN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini