Kes demam harian di Korea Utara yang didakwa COVID-19 kekal dibawah 200,000 dua hari berturut-turut.

Menurut media tempatan, Pyongyang bagaimanapun kekal berdiam diri mengenai tawaran Korea Selatan dan Amerika Syarikat untuk membantu memerangi wabak itu. Gelombang COVID-19 diisytiharkan pada 12 Mei lalu telah mencetuskan kebimbangan mengenai kekurangan vaksin, infrastruktur kesihatan termasuk krisis makanan.

Sabtu lepas, Presiden Amerika Syarikat Joe Biden menawarkan vaksin COVID-19 kepada China dan Korea Utara namun masih belum menerima maklum balas. Hampir 2.5 juta penduduk Korea Utara dilaporkan mengalami ‘demam’ namun ia tidak diklasifikasikan sebagai COVID-19.

Negara itu dianggap sangat terdedah untuk berdepan krisis kesihatan yang teruk kerana tidak menjalankan pengujian besar-besaran dan bekalan vaksin yang mencukupi.

Korea Utara sebelum ini telah menolak tawaran vaksin daripada Covax, skim perkongsian vaksin global serta dari Korea Selatan, malah dilaporkan turut menolak beberapa tawaran bantuan lain.

MENINGGALKAN SUATU JAWAPAN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini