Restoran-restoran di Tokyo, Jepun kini tidak lagi berdepan larangan alkohol atau waktu perniagaan terhad bermula Isnin. Ia berikutan kes baharu COVID-19 di bandar telah turun daripada kemuncak pada pertengahan Ogos dengan hampir 6,000 kes. Pemilik restoran nyata gembira dengan kelonggaran sekatan itu.

Namun Gabenor Tokyo, Yuriko Koike berkata, orang ramai masih perlu berhati-hati terutama ketika memasuki musim sejuk. Mereka dinasihatkan mengamalkan langkah-langkah asas pencegahan sehingga akhir November.

Namun ada juga yang bimbang dengan orang ramai telah selesa berada di rumah dan tertanya-tanya adakah mereka akan kembali ke restoran Semalam, Tokyo merekodkan 19 kes baharu COVID-19.

MENINGGALKAN SUATU JAWAPAN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini