Jabatan Kesihatan Negeri Melaka mengesan jangkitan COVID-19 di dua kolej vokasional di negeri itu, selepas 87 pelajar disahkan positif.

Exco Kesihatan dan Anti Dadah Negeri, Dr Muhamad Akmal Salleh berkata, kedua-dua kolej tersebut diisytihar sebagai kluster bagi mengawal penularan.

Dua kolej tersebut adalah Kolej Vokasional Melaka Tengah, diisytihar Kluster Jalan Tun Telani dan Kolej Vokasional Datuk Seri Abu Zahar Isnin, di daerah Jasin dikategori Kluster Jalan Kemendor Jasin.
 
Masing-masing, 76 dan 11 pelajar disahkan positif COVID-19.

Di Kolej Vokasional Melaka Tengah, kes dikesan selepas 176 saringan, manakala Kolej Vokasional Datuk Seri Abu Zahar Isnin selepas 70 saringan dijalankan.

Kedua-kedua kluster dikesan selepas kes indeks pertama mengalami gejala dan disahkan positif COVID-19 selepas memulakan sesi persekolahan.
 
Kolej Vokasional Melaka Tengah diarah tutup sehingga Jumaat ini, dan Kolej Vokasional Datuk Seri Abu Zahar Isnin pula akan ditutup sekiranya berlaku pertambahan kes.

MENINGGALKAN SUATU JAWAPAN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini