Kluster COVID-19 melibatkan institusi pendidikan di Melaka dilihat semakin
membimbangkan.
 
Pengarah Kesihatan Melaka, Dr Rusdi Abd Rahman memberitahu, untuk bulan ini sahaja, 4 kluster institusi pendidikan, dikesan melibatkan Kolej Vokasional, Institusi Pendidikan Tinggi (IPT) dan Sekolah Menengah. 

Daripada angka kes COVID-19 institusi pendidikan yang dilaporkan itu, satu kes melibatkan varian Omicron turut dikesan.
 
Justeru, pematuhan SOP ketat sangat dituntut daripada masyarakat khususnya warga pendidik, pelajar dan ibu bapa.

Mengenai kes membabitkan varian Omicron di Melaka, sebanyak 15 kes dikesan masing-masing 9 kes di Melaka Tengah, dan 3 kes di Alor Gajah serta Jasin.
 
Dr Rusdi memaklumkan demikian selepas operasi Tahun Baru Cina di Jalan Balai Panjang, Melaka.

MENINGGALKAN SUATU JAWAPAN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini