Susulan peningkatan kes COVID-19, semua program kerajaan di Perak ditangguhkan.

Keputusan itu dibuat selepas mendapat nasihat dan pandangan Majlis Keselamatan Negeri (MKN).

Program yang melibatkan penyampaian bantuan kecemasan, kes COVID-19 serta program-program vaksinasi bagaimanapun tetap akan diteruskan dengan pematuhan Prosedur Operasi Standard (SOP) yang ketat.
 
Menteri Besar Perak, Datuk Seri Saarani Mohamad menerusi satu kenyataan mengingatkan rakyat di negeri ini untuk terus patuh kepada SOP bagi membendung penularan Covid-19 daripada berlaku.
 
Golongan yang belum mendapatkan suntikan dos penggalak juga disaran agar segera berbuat demikian.

MENINGGALKAN SUATU JAWAPAN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini