Dua daripada 17 warga Amerika Utara yang diculik oleh kumpulan Haiti Oktober

lalu dibebaskan dan dilaporkan dalam keadaan baik.

Kementerian Bantuan Kristian yang berpangkalan di Amerika Syarikat berkata

maklumat terhad dan hanya laporan dua tebusan selamat dan baik dibebaskan

dapat diberikan.

Tebusan ialah 12 orang dewasa berumur 18 hingga 48 tahun dan lima kanak-

kanak berumur antara lapan bulan hingga 15 tahun.

Sekumpulan 16 mubaligh berserta keluarga warga Amerika Syarikat dan seorang

Kanada diculik pada 16 Oktober ketika pulang dari rumah anak yatim di kawasan

timur ibu kota Port-au-Prince yang dikawal oleh satu daripada kumpulan jenayah

paling berkuasa di Haiti.

Pihaknya menasihatkan rakyat untuk tidak pergi ke Haiti disebabkan kes penculikan yang kerap menyasarkan warga Amerika Syarikat.

MENINGGALKAN SUATU JAWAPAN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini