Kes kecurian elektrik menerusi kegiatan perlombongan Bitcoin meningkat 400% sejak empat tahun lalu dengan anggaran kerugian lebih RM2.3 bilion.

Menteri Tenaga dan Sumber Asli, Datuk Seri Takiyuddin Hassan menerusi kenyataan berkata, ia membabitkan sejumlah 7,209 kes.

Daripada jumlah berkenaan, 610 kes direkodkan pada 2018, diikuti 1,043 kes pada 2019, 2,465 kes pada 2020 dan tahun lalu sahaja 3,091 kes dilaporkan.

Tegasnya, peningkatan kes ini dilihat satu trend yang membimbangkan kerana ia memberi kesan terhadap kestabilan sistem bekalan elektrik dan keselamatan awam.

Penggunaan melampau mesin melombong mata wang kripto berkuasa tinggi berterusan boleh menyebabkan litar pintas akibat penggunaan fius yang tidak mengikut piawaian dan beban melebihi kapasiti kabel.

Malah berisiko mengakibatkan kebakaran.

Datuk Seri Takiyuddin turut meminta orang awam yang mengesyaki atau mempunyai maklumat berkenaan kecurian elektrik untuk melombong mata wang kripto menghubungi Suruhanjaya Tenaga, TNB di talian 15454 dan PDRM supaya tindakan sewajarnya dapat diambil.  

MENINGGALKAN SUATU JAWAPAN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini