29 individu termasuk seorang warga asing ditahan polis melalui Op Sarang.

Ia yang menyasarkan kawasan Seri Cheeding di Kuala Langat membawa penahanan mereka yang berusia 20 hingga 60 tahun.

Pegawai Operasi Bahagian Siasatan Jenayah Narkotik Ibu Pejabat Polis Daerah Kuala Langat, Inspektor Mohd Khairul Ismail Rodzlan Akib berkata pihaknya berjaya merampas dadah jenis syabu, heroin membabitkan nilai anggaran RM500.

Beliau berkata demikian kepada pemberita di Kuala Langat.

MENINGGALKAN SUATU JAWAPAN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini