Seramai 77 individu ditahan menerusi Op Jihad Dadah Fasa 1 yang dilaksanakan oleh Bahagian Siasatan Jenayah Narkotik, (BSJN) Ibu Pejabat Polis Daerah Kangar bermula 23 hingga 29 Oktober lalu.

Mereka yang ditahan disyaki terbabit dalam kesalahan berkaitan dadah di sekitar Kuala Perlis dan Simpang Empat.

Ketua Polis Daerah Kangar, Superintendan Wari Kiew memaklumkan, pihaknya menjalankan 50 serbuan di beberapa lokasi panas penagihan dadah di sekitar Kuala Perlis dan Simpang Empat.

Mereka yang ditahan berusia antara 20 hingga 50 tahun membabitkan kesalahan pengedaran dan penagihan dadah.

Selain itu, ada antara individu yang ditahan turut dikehendaki polis berhubung jenayah membabitkan dadah serta penyalahgunaan ketum. Turut dirampas dadah jenis heroin dan cecair dipercayai air ketum daripada suspek.

Semua yang ditahan disiasat mengikut Seksyen 39C(1) Akta Dadah Berbahaya 1952 dan Akta Racun 1952 yang memperuntukkan hukuman penjara tidak kurang lima tahun dan tiga sebatan jika sabit kesalahan.

MENINGGALKAN SUATU JAWAPAN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini