Dadah jenis ganja seberat 58.98 kilogram bernilai RM147,450 dirampas dalam serbuan di Kedah dan Pulau Pinang.

Enam suspek termasuk sepasang suami isteri,  dipercayai pengedar, turut ditahan.

Ketua Polis Kedah, Wan Hassan Wan Ahmad berkata, kesemua suspek berusia antara 29 hingga 49 tahun ditahan dalam serbuan berasingan pada 6 dan 7 Januari lalu. 

Hasil soal siasat, pihaknya berjaya merampas dadah yang disorokkan di dalam sebuah bas kilang yang dipercayai digunakan untuk mengedar dadah.

Lima kereta turut disita dipercayai digunakan dalam kegiatan yang sama.

Dadah berkenaan dipercayai diseludup dari negara jiran untuk pasaran di Kedah dan Pulau Pinang.

MENINGGALKAN SUATU JAWAPAN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini