Di Pahang, sepasang suami isteri antara 47 orang ditahan kerana mengedar dan menagih  dadah.

Ketua Polis Jerantut, Superintendan Mazlan Hassan berkata kesemua suspek berusia 19 hingga 52 tahun.

Mereka ditahan di beberapa lokasi ladang kelapa sawit dan kampung tradisional yang menjadi tumpuan penagih.

Menerusi Ops Sarang Khas, pihaknya merampas pelbagai jenis dadah, keseluruhannya bernilai RM9,000.

Turut disita harta milik pengedar dadah berkenaan, iaitu sebuah kereta dan empat  buah motosikal.

MENINGGALKAN SUATU JAWAPAN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini