Kes demam babi Afrika yang ditemui di Thailand baru-baru ini, kini  dilaporkan merebak di beberapa kawasan di Indonesia.

Menurut Kementerian Pertanian Indonesia, kes demam babi Afrika pernah dikesan di beberapa kota di Sumatera Utara.

Antara bandar yang melaporkan jangkitan itu adalah Dairi, Deli Serdang, Karo, Tebing Tinggi, Permatang, Tapanuli Selatan, Langkat dan Pematang Siantar.

Kementerian mengklasifikasikan demam babi Afrika sebagai penyakit yang sangat menular dan boleh menyebabkan kematian pada babi serta mengakibatkan kerugian ekonomi yang sangat besar.

Thailand mengesan kes pertama demam babi Afrika pada 10 Januari lalu.

MENINGGALKAN SUATU JAWAPAN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini