Kes denggi di Kedah meningkat sebanyak 143.8 peratus sehingga 11 Jun lepas apabila merekodkan 490 kes berbanding 201 kes  tempoh sama tahun lepas.

Satu kematian dicatatkan akibat denggi setakat ini manakala bilangan wabak meningkat kepada 55 kes berbanding hanya lapan bagi tempoh sama pada 2021.

Pengarah Kesihatan negeri Dr Othman Warijo berkata daripada jumlah wabak yang dilaporkan tersebut terdapat tiga kawasan ‘hotspot’ yang  berjaya dikawal, lapan wabak masih aktif manakala 44 wabak lagi telah tamat.

Dalam tempoh itu, sebanyak 157,399 premis telah diperiksa dan 2,887 kompaun telah dikeluarkan di bawah Akta Pemusnahan Serangga Pembawa Penyakit (APSPP) 1975.

Sehubungan itu, Dr Othman berkata aktiviti kawalan dan
pencegahan dijalankan bagi kesemua kes dan wabak denggi yang dilaporkan di semua lokaliti bagi memutuskan rantaian jangkitan.

Antara aktiviti kawalan vektor yang dilakukan melibatkan pemeriksaan premis, semburan kabus, penghapusan tempat pembiakan dan pendidikan kesihatan akan dijalankan untuk setiap kes tunggal atau wabak.

MENINGGALKAN SUATU JAWAPAN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini