Pendakwah terkenal, Ebit Lew dihadapkan ke Mahkamah Majistret di Pejabat Daerah Tenom, Sabah pagi tadi, atas 11 pertuduhan melibatkan gangguan seksual.

Ebit Lew, 38 tahun, bagaimanapun mengaku tidak bersalah selepas pertuduhan dibacakan.

Mahkamah kemudiannya menetapkan sebutan semula kes pada 20 hingga 23 April depan.

Tertuduh diarah membayar RM1,000 bagi setiap pertuduhan dengan dua penjamin. Pertuduhan mengikut Seksyen 509 kanun keseksaan.

MENINGGALKAN SUATU JAWAPAN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini