Trend kes mingguan penyakit tangan, kaki dan mulut (HFMD) menunjukkan penurunan 22.9 peratus bagi Minggu Epidemiologi (ME) ke-23.

Menurut kenyataan Ketua Pengarah Kesihatan Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah, sebanyak 13,080 kes HFMD dilaporkan berbanding 16,954 kes bagi ME ke-22.

Sehingga 11 Jun, Negeri Selangor mencatat jumlah kes HFMD tertinggi iaitu sebanyak 26,799 kes.
 
Ia diikuti Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur dan Putrajaya sebanyak 10,739 kes, Negeri Perak 9,744 kes, Johor 6,326 kes dan Kelantan 6,0153 kes.

Manakala negeri-negeri lain kurang daripada 5,500 kes.

Mengulas lanjut, Tan sri Hisham berkata, walaupun terdapat trend penurunan kes HFMD selama dua minggu berturut-turut, orang awam perlu mengamalkan langkah-langkah pencegahan bagi mengelakkan diri dan ahli keluarga daripada dijangkiti HFMD.

Sehingga kini, terdapat tiga kes HFMD yang dimasukkan ke Wad Rawatan Rapi (ICU).

MENINGGALKAN SUATU JAWAPAN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini