Kedah mencatatkan 702 kes baharu Penyakit Tangan, Kaki dan ulut (HFMD) pada Minggu  ke-23 bermula 5 hingga 11 Jun 2022.
 
Jumlah itu menurun 87 kes atau 11 peratus berbanding minggu sebelumnya dengan tiada wabak HFMD baharu dilaporkan sepanjang Minggu ke-23
 

Pengerusi Jawatankuasa Kesihatan Negeri, Datuk Dr Mohd Hayati Othman berkata, semua kes yang dilaporkan menunjukkan gejala ringan dan diberikan rawatan pesakit luar .

Tiada kes yang mengalami komplikasi teruk atau memerlukan rawatan intensif.
 
 Jumlah keseluruhan kes HFMD di Kedah sehingga 11 Jun lalu  adalah sebanyak 4,894 kes.
 
Sepanjang tahun ini, Daerah Kuala Muda mencatatkan bilangan kes tertinggi iaitu 1,187 kes atau 24.3 peratus, diikuti Kubang Pasu 726 kes atau 14.8 peratus, Kulim 699 kes atau 14.3 peratus dan Kota Setar 487 atau 10 peratus.
 
Sehubungan itu, Datuk Dr Mohd Hayati menasihati orang ramai, terutamanya yang mempunyai anak-anak kecil supaya mengambil langkah berjaga-jaga bagi mengurangkan risiko dijangkiti.

MENINGGALKAN SUATU JAWAPAN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini