Kes penyakit tangan, kaki dan mulut, HFMD di Melaka turun 47.6 peratus antara 5 hingga 11 Jun lalu. Penurunan mendadak disumbang beberapa siri kempen dan langkah pencegahan dilakukan jabatan kesihatan negeri.

Menurut Exco Kesihatan dan Antidadah negeri, Dr Muhamad Akmal Saleh, 695 kes direkodkan sepanjang tempoh itu berbanding 1,461 kes direkodkan sehingga kini. Kes di semua daerah juga melebihi paras Epidemik dengan Melaka Tengah merekodkan 423 kes, diikuti Alor Gajah 94 kes dan Jasin 249 kes.

Secara keseluruhan tadika, taska serta pusat jagaan harian merupakan premis tertinggi berlakunya wabak HFMD iaitu sebanyak 44 kes. Langkah berwaspada diteruskan Jabatan Kesihatan negeribagi mengekang wabak itu daripada terus menular.

MENINGGALKAN SUATU JAWAPAN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini