Sabah merekodkan tren peningkatan penyakit tangan, kaki dan mulut (HFMD) sebanyak kira-kira 51 kali ganda iaitu, 2,834 kes bagi Januari hingga 16 Mei berbanding 55 kes bagi tempoh sama tahun lalu.

Menurut Pengarah Kesihatan Negeri Sabah, Datuk Dr Rose Nani Mudin, tiada kematian disebabkan oleh HFMD dilaporkan setakat ini di Sabah.

Lima daerah melaporkan kes tertinggi iaitu Tawau dengan 435 kes, diikuti Sandakan, Lahad Datu,  Kota Belud, dan Papar .

Sebanyak 93 peratus kes adalah kanak-kanak yang berumur kurang enam tahun.

Trasmisi jangkitan majoritinya berlaku di rumah persendirian atau pusat pendidikan awal.

Katanya, kanak-kanak berusia bawah lima tahun adalah golongan yang mudah dijangkiti HFMD.

Sehubungan itu, ibu bapa serta pusat pendidikan awal disaran dan dinasihat pihak supaya mengambil langkah-langkah awal sekiranya mengesan kes HFMD.

MENINGGALKAN SUATU JAWAPAN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini