Kes jangkitan Penyakit Tangan, Kaki dan Mulut (HFMD) dijangka menurun dalam tempoh dua hingga tiga minggu lagi.
 
Menteri kesihatan, Khairy Jamaluddin berkata penularan penyakit itu biasanya berlaku secara bermusim dan apabila tahap imuniti kanak-kanak meningkat, kes jangkitan akan turun dengan sendirinya.

Beliau menjelaskan kebanyakan kes HFMD di negara ini tidak serius.

Namun ibu bapa dinasihat supaya segera membawa anak mendapatkan rawatan sekiranya bergejala dan tidak menghantar ke taska, tadika atau pusat asuhan kanak-kanak sekiranya dijangkiti penyakit itu.

MENINGGALKAN SUATU JAWAPAN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini