Penilaian risiko oleh Jabatan Kesihatan Negeri (JKN) Pahang terhadap peningkatan kes penyakit tangan, kaki dan mulut (HFMD) mendapati belum ada keperluan untuk menutup taska, tadika dan kelas pra sekolah di negeri itu.
 
Walaupun jumlah kes direkodkan sejak Januari 18 Mei lalu, melonjak 200 kali ganda namun ia masih terkawal.
 
Pengerusi Jawatankuasa Kerja Raya, Pengangkutan dan Kesihatan Pahang, Datuk Seri Norolazali Sulaiman berkata, kebanyakan kes yang dikesan bersifat sporadik dan jumlah penularan kes di taska dan tadika masih rendah.

Bagaimanapun beliau menjelaskan tindakan penutupan taska akan dibuat jika penilaian risiko oleh JKN Pahang mendapati  kes bertambah serius.
 
Sebelum ini, media melaporkan sebanyak 12 pusat jagaan kanak-kanak di Melaka ditutup selepas mencatatkan sebanyak 1,378 kes jangkitan.

Beliau menasihatkan ibu bapa agar terus memantau kesihatan anak mereka dan segera mendapatkan rawatan di klinik berhampiran jika dikesan mempunyai gejala.

MENINGGALKAN SUATU JAWAPAN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini