Kes Penyakit Seperti Influenza (ILI) dalam negara pada masa ini adalah terkawal meskipun terdapat beberapa kluster membabitkan sekolah berasrama dikesan.

Menurut Menteri Kesihatan, Khairy Jamaluddin, ibu bapa tidak perlu bimbang berikutan penyakit tersebut adalah jangkitan biasa dan akan timbul dari masa ke masa.

Pesakit yang terkena jangkitan ILI cukup sekadar diberi pemantauan dan pengasingan diri.

Beliau berkata demikian ketika membuat lawatan ke PEKA B40 Outreach di Rembau.
 
Sehingga kini, tiada keperluan untuk penutupan sekolah.

Penilaian risiko terhadap kes penyakit berjangkit itu sentiasa dilakukan oleh Pejabat Kesihatan Daerah.

Langkah sewajarnya akan dilaksana secepat mungkin sekiranya kes penyakit berjangkit itu berada pada tahap membimbangkan.