Seorang doktor klinik swasta yang sebelum ini direman bagi membantu siasatan kes menjual sijil vaksinasi COVID-19; direman lagi berhubung kes penipuan.

Majistret Engku Nurul Ain Engku Muda membenarkan lelaki berusia 51 tahun itu direman sehingga esok bagi membolehkan siasatan mengikut Seksyen 420 Kanun Keseksaan.

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Komersial Terengganu Superintendan M Zambri Mahmud berkata, penahanan semula suspek susulan laporan polis dibuat mangsa yang mendakwa tidak menerima sijil berkenaan walaupun sudah membuat pembayaran.

Mangsa mendakwa telah membuat pembayaran sebanyak RM450 dan dijanjikan status MySejahtera sebagai penerima vaksin akan dikemas kini dalam tempoh 14 hari namun  tiada perubahan status.
 
Susulan dua laporan yang diterima; suspek direman untuk siasatan lanjut mengikut Seksyen 420 Kanun Keseksaan kerana menipu.

MENINGGALKAN SUATU JAWAPAN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini