Seramai 929 individu ditahan atas pelbagai kesalahan perjudian dalam 1,855 serbuan sepanjang tempoh pelaksanaan Fasa 3 PPN di Kedah.

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Kedah, SAC Surech G.Suppiah berkata, hampir separuh daripada tangkapan telah dituduh di mahkamah.

Kebanyakan kesalahan membabitkan pelanggaran SOP di bawah Akta 342 dan peraturan-peraturan semasa di bawahnya.

Turut dirampas, 23,221 peralatan perjudian seperti telefon bimbit, komputer dan pencetak bergerak serta sejumlah wang tunai.

MENINGGALKAN SUATU JAWAPAN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini