Sebuah kilang pembersihan tangki kimia yang disyaki melakukan sambungan bekalan air secara tidak sah diserbu Suruhanjaya Perkhidmatan Air Negara (SPAN).

Operasi dibuat susulan aduan berhubung kes kecurian air melibatkan premis berkenaan.

Serbuan di taman Perindustrian Pulau Indah, Pelabuhan Klang itu mendapati pemilik kilang  melakukan satu sambungan secara terus daripada paip utama milik AIR SELANGOR dengan menggunakan paip jenis HDPE berukuran 50 milimeter.

Menurut Eksekutif Unit Komunikasi Korporat dan hal Ehwal Pengguna SPAN, Ida Murni Marlina Ali, sambungan dari paip poli tersebut bertujuan  mendapatkan bekalan air bagi menampung aktiviti harian kerja-kerja pembersihan tangki kimia dan pekerja mereka.

MENINGGALKAN SUATU JAWAPAN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini