Polis menerima tujuh laporan kes kecurian barangan milik penduduk terjejas banjir di kawasan Klang Utara bermula 18 Disember lalu.


Menurut Ketua Polis Daerah Klang Utara, ACP S.Vijaya Rao, kesemua laporan itu masih dalam siasatan.

ACP Vijaya Rao ditemui media, pada program gotong-royong memasak untuk warga polis IPD Daerah Klang Utara yang terjejas banjir baru-baru ini.

Seramai 97 pegawai dan anggota yang terjejas banjir, menerima sumbangan makanan yang dimasak secara bergotong-royong oleh 15 anggota polis dari IPD Klang Utara.

MENINGGALKAN SUATU JAWAPAN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini