Sebanyak 35 kes keganasan rumah tangga dilaporkan berlaku di Perlis sepanjang tahun 2021 iaitu ketika pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan yang dikuatkuasa.

Namun jumlah kes keganasan rumah tangga menunjukkan penurunan ketara bagi tempoh Januari hingga Mei tahun ini, apabila hanya 3 kes dilaporkan.

Menurut Exco Pembangunan Wanita,Keluarga dan Masyarakat Negeri, Siti Berenee Yahaya, pihak kerajaan negeri dan Lembaga Penduduk dan Pembangunan Keluarga Negara (LPPKN) sentiasa memantau dan mengambil langkah yang perlu bagi setiap kes yang dilaporkan.

Kebiasaannya kes yang berlaku disebabkan tekanan perasaan akibat kehilangan pekerjaan dan tiada pendapatan tetap bagi menyara keluarga

Beliau menyatakannya kepada media selepas merasmikan Sambutan Hari Bapa Peringkat Negeri Perlis dan Jelajah Kasih Keluarga LPPKN di Pasar Terapung, Jabatan Pengairan dan Saliran Negeri, Kangar.

MENINGGALKAN SUATU JAWAPAN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini