Jabatan Kesihatan Negeri (JKN) Sabah sedang menyiasat kes kematian bayi baru lahir di Hospital Wanita dan Kanak-Kanak Sabah, Likas pada Ahad lalu.

Pengarahnya, Datuk Dr Rose Nani Mudin dalam kenyataan berkata siasatan itu dijalankan secara terperinci dan telus oleh pihaknya.

JKN negeri turut mengucapkan takziah kepada keluarga bayi berkenaan.

Insiden berkenaan diberi perhatian serius dan siasatan sedang dijalankan terhadap semua maklum balas diterima bagi menambahbaik mutu perkhidmatan mereka.

Semalam, tular di media sosial dakwaan seorang wanita yang merupakan anggota keluarga kepada ibu dan bayi berkenaan menuntut siasatan dilakukan bagi mengetahui sama ada terdapat unsur kecuaian dalam kejadian berkenaan.

MENINGGALKAN SUATU JAWAPAN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini