Kes kematian orang asli suku Batek di Kuala Koh, Kelantan.
Menteri kesihatan, Datuk Seri Dr Zulkefly Ahmad berpuashati dengan perkembangan yang diperolehi melalui taklimat yang diberikan pihak Jabatan Kesihatan Negeri Kelantan dan Pejabat Kesihatan Daerah Gua Musang berkaitan kes berkenaan. Beliau turut menjelaskan peluang menziarah pesakit-pesakit Orang Asli di Hospital Gua Musang, bersama Senator Waytha Moorthy adalah satu usaha untuk mendapatkan gambaran jelas mengenai apa yang berlaku di sini. Beliau menambah, sehingga hari ini, punca jangkitan masih belum dapat dipastikan. Bagaimanapun beliau tetap yakin jawapan kepada persoalan ini dapat diselesaikan segera.

MENINGGALKAN SUATU JAWAPAN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini