Kes kematian membabitkan Pegawai Kadet Laut Universiti Pertahanan Nasional Malaysia (UPNM) Zulfarhan Osman Zulkarnain.

Enam penuntut UPNM didapati bersalah kerana mencederakan terhadap Zulfarhan Osman tanpa niat membunuh pada empat tahun lalu.

Hakim Datuk Azman Abdullah menyatakan perkara itu terhadap kesemua tertuduh selepas pihak pembelaan gagal mengemukakan keraguan munasabah sepanjang prosiding berjalan.

Enam daripada mereka ialah Muhammad Akmal Zuhairi Azmal, Muhammad Azamuddin Mad Sofi, Muhammad Najib Mohd Razi, Muhammad Afif Najmudin Azahat, Mohamad Shobirin Sabri dan Abdoul Hakeem Mohd Ali didapati bersalah mencederakan Zulfarhan sehingga menyebabkan kematian tanpa niat. 

Oleh itu, mereka disabitkan dengan kesalahan mengikut Seksyen 304 (a) Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara sehingga 30 tahun dan boleh juga dikenakan denda. 

Sebelum ini keenam-enam mereka didakwa mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan, yang memperuntukkan hukuman mandatori. 

Manakala 12 penuntut yang lain didapati bersalah kerana mencederakan mangsa dengan sengaja sehingga menyebabkan kecederaan terhadap mangsa.

Tindakan mereka bertujuan memeras Zulfarhan untuk mendapatkan pengakuan daripada mangsa bahawa dia telah mencuri komputer riba.

Mereka Mohd Hafiz Fauzan Ismail, Mohamad Lukhmanul Hakim Mohd Zain, Ahmad Shafwan Berdal, Muhammad Amirul Asraff Mala, Luqman Hakim Shamsuri, Muhammad Sufi Mohd Mustapha, Noriznan Izzairi Noor Azhar, Muhamad Ashraf Abdullah, Muhammad Danial Firdaus Azmir, Muhammad Hasif, Muhammad Adib Iman dan Mohamad Syazwan

Kesemua mereka melakukan perbuatan itu di penginapan asrama di UPNM antara 2.30 pagi hingga 5.30 pagi pada 21 Mei dan 22 Mei 2017. 

Zulfarhan meninggal dunia di Hospital Serdang pada 1 Jun 2017 dan selamat dikebumikan pada 2 Jun di Johor Bahru.

MENINGGALKAN SUATU JAWAPAN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini