Kes taun atau kolera dikesan di daerah Petaling, Selangor. Perkara itu disahkan Menteri Kesihatan, Khairy Jamaluddin. Menerusi akaun twitternya hari ini, beliau menasihati orang awam agar hanya minum air yang dirawat atau dididihkan.

Selain itu beliau meminta orang ramai agar menjaga kebersihan kendiri dan tidak makan makanan mentah atau yang tidak dimasak dengan sempurna. Jelasnya, maklumat lanjut berhubung kes kolera tersebut akan diperincikan kelak.

Penyakit kolera atau taun merupakan penyakit bawaan air dan makanan yang berpunca daripada jangkitan bakteria. Mereka yang dijangkiti akan mengalami cirit-birit manakala gejala serius boleh membawa maut akibat dehidrasi yang teruk.

MENINGGALKAN SUATU JAWAPAN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini