Masyarakat perlu proaktif dengan kes buli atau dera dan tidak lagi beranggapan insiden berkenaan sebagai perkara biasa.

Itu pandangan disuarakan Pakar Psikiatri yang juga Pensyarah Universiti Islam Antarabangsa Malaysia, Dr Rozanizam Zakaria. Menurut beliau, Kaji Selidik Kesihatan dan Morbiditi Kebangsaan 2017 mendapati, satu daripada enam remaja terlibat menjadi mangsa buli dan lelaki lebih banyak terlibat dalam kes sebegini, berbanding wanita.

Kes buli juga paling banyak berlaku dalam kalangan pelajar tingkatan satu, iaitu 23 peratus dengan bentuk buli paling lazim adalah kecam badan (body shaming).

Tegasnya ia perlu dicegah di peringkat awal bagi mengelakkan kesan jangka panjang.

Antaranya dengan memperbaiki mekanisme sedia ada dalam pelaporan, sokongan dan pencegahan bagi semua jenis buli sama ada menerusi fizikal atau maya

MENINGGALKAN SUATU JAWAPAN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini