Di Terengganu, jenazah Mohd Azizi Jaafaar, mekanik yang rentung selepas kereta dipandunya terbakar di Jalan Kuala Terengganu-Kuala Berang berhampiran Kampung Wakaf Beruas, selamat dikebumikan dalam satu liang lahad bersama bapanya.

Bapanya Jaafar Abdullah, 76 tahun meninggal dunia akibat penyakit asma, tidak sampai 12 jam selepas kejadian menimpa Mohd Azizi.

Abang mangsa, Mohd Jasmani berkata bapanya meninggal dunia tanpa mengetahui adiknya maut dalam kebakaran terbabit.

Terdahulu, dalam kejadian kelmarin mangsa, Mohd Azizi, 37 tahun melecur lebih 90 peratus dan maut di tempat kejadian selepas kereta dipandunya terbakar.

MENINGGALKAN SUATU JAWAPAN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini