Jumlah jangkitan baru varian COVID-19 Omicron di Singapura  meningkat kepada 438 kes.

Kementerian Kesihatan (MOH) menyatakan daripada jumlah itu, 159 adalah kes tempatan dan 279 lagi adalah kes import.

Secara keseluruhannya, terdapat 846 kes baru COVID-19 direkodkan, meningkat daripada 750 kes pada hari Isnin lalu.

Bagaimanapun, tiada kes kematian dilaporkan.

Kadar penggunaan Unit Jagaan Rapi (ICU) pula adalah pada 51.1 peratus, di mana terdapat 165 pesakit di hospital, dengan 17 kes memerlukan bantuan oksigen.

Setakat semalam, Singapura merekodkan 287,243 kes COVID-19 dengan 838 kematian .

MENINGGALKAN SUATU JAWAPAN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini