Tiga kes COVID-19 varian Omicron dikesan di Negeri Sembilan, setakat semalam.

Ini membabitkan kes import wanita tempatan yang pulang dari luar negara.

Pengerusi Jawatankuasa Bertindak Kesihatan, Alam Sekitar, Koperasi dan Kepenggunaan negeri S. Veerapan berkata kes pertama melibatkan pengembara wanita berumur 28 tahun, yang tiba dari Ireland melalui  KLIA pada 15 Disember lepas.

Manakala kes kedua dan ketiga pula masing-masing melibatkan wanita berusia 28 dan 29 tahun  yang tiba dari United Kingdom melalui  KLIA pada 14 dan 16 Disember.

Kesemua kontak rapat kepada ketiga-tiga wanita itu dikenal pasti dan diarahkan menjalani kuarantin kendiri.

MENINGGALKAN SUATU JAWAPAN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini