Susulan kes pencemaran sungai yang sering berlaku disebabkan pihak tidak bertanggungjawab, Jabatan Alam Sekitar, JAS Selangor telah meningkatkan kekuatan pasukan penguatkuasaan di lapangan.

Seramai 2,009 penguatkuasaan di lapangan diwujudkan pada tahun lalu berbanding 1,441 pada tahun 2019.

Exco Alam Sekitar, Hey Loy Sian berkata, selain itu, jumlah penguatkuasaan juga telah ditingkatkan hampir dua kali ganda dengan jumlah kekuatan pasukan penguatkuasaan sedia ada.

Tindakan meningkatkan jumlah penguatkuasaan di lapangan menghasilkan peratus pematuhan melebihi 97 peratus.

Beliau berkata demikian ketika sidang Dewan Undangan Negeri Selangor di Shah Alam.

MENINGGALKAN SUATU JAWAPAN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini