Seorang lelaki tempatan berusia 21 tahun menjadi individu pertama disahkan positif COVID-19 menerusi sistem Laluan Perjalanan Lengkap Vaksinasi (VTL) darat, Singapura-Malaysia.

Walaupun ujian saringan di Singapura negatif tetapi dia disahkan positif Covid-19 selepas menjalani Ujian Antigen Rapid Test di Larkin Sentral.

Exco Kerja Raya, Pengangkutan dan Infrastruktur Johor, Mohd Solihan Badri berkata, lelaki itu merupakan penumpang bas pertama yang tiba di Larkin Sentral, pada pukul 9.13 pagi.

Bagaimanapun, situasi itu tidak menghalang sistem VTL darat malah katanya kerajaan negeri bersedia untuk menambah bilangan kemasukan melalui Tambak Johor dan Laluan Link Kedua.

MENINGGALKAN SUATU JAWAPAN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini