Kes pertama positif varian Omicron telah dikesan di negara ini.

Menteri Kesihatan, Khairy Jamaluddin berkata kes melibatkan pengembara bukan warganegara berusia 19 tahun yang tiba dari Afrika Selatan melalui Singapura pada 19 November 2021.

Pengembara berkenaan merupakan seorang pelajar di sebuah universiti swasta di Ipoh, Perak.

Kes telah diberi Perintah Pengawasan dan Pemerhatian di bawah Seksyen 15, Akta Pencegahan dan Pengawalan Penyakit Berjangkit (Akta 342).

MENINGGALKAN SUATU JAWAPAN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini