Susulan perbicaraan kes rasuah bekas Ketua Menteri Pulau Pinang, Lim Guan Eng. Bekas Menteri Pelancongan dan Kebudayaan, Datuk Seri Mohamed Nazri Abdul Aziz mendedahkan bahawa beliau menerima sumbangan daripada Datuk Zarul Ahmad Mohd Zulkifli yang merupakan kontraktor projek terowong dasar laut serta jalan utama di Pulau Pinang.

Datuk Seri Nazri yang memberitahu perkara itu di Mahkamah Sesyen Kuala Lumpur berkata, sumbangan itu diterima bagi pembinaan sekolah agama di Pattani, selatan Thailand. Beliau berkata demikian ketika disoal balas peguam Gobind Singh Deo, yang mewakili Lim Guan Eng. 

Saksi itu juga menafikan menerima wang RM500,000 daripada Datuk Zarul Ahmad. Bekas Ketua Menteri Pulau Pinang itu berdepan empat pertuduhan membabitkan pembinaan terowong dasar laut dan projek pembinaan jalan utama bernilai RM6.3 bilion. Perbicaraan di hadapan Hakim Azura Alwi bersambung esok.

MENINGGALKAN SUATU JAWAPAN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini